BARISAN PENDIDIK SK TANSAU

BARISAN PENDIDIK SK TANSAU
BARISAN PENDIDIK SK TANSAU 2010

Thursday, November 12, 2009

LARIAN JOGATHON DAN HARI TERBUKA SK. TANSAU 2009

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG

Sekolah ini akan mengadakan Larian Jogathon dan Hari Terbuka SK. Tansau 2009 pada 14hb November 2009 bermula pada jam 7.00 di padang sekolah SK. Tansau. Semua dialu-alukan untuk hadir sama untuk memeriahkan lagi suasana.
Larian Jogathon di kategorikan seperti berikut:

Kategori A (Lelaki/Perempuan) - Tahun 1, 2 dan 3
Tempat Pertama: Beg Sekolah
Tempat Kedua: Beg Sekolah
Tempat Ketiga: Beg Sekolah
Kategori B (Lelaki/Perempuan) - Tahun 4, 5 dan 6
Tempat Pertama: Basikal
Tempat Kedua: Scooter Bike
Tempat Ketiga: Raket Badminton
Kategori C (Lelaki/Perempuan) - Terbuka
Tempat Pertama: Kipas Elektrik
Tempat Kedua : Periuk Nasi Elektrik
Tempat Ketiga: Pembakar Roti Elektrik

Bagi semua kategori, pemenang tempat ke-4 hingga ke-10 akan mendapat hadiah sagu hati.
Hadiah bagi ktipan tertingg kad jogathon untuk murid - Alatulis
Hadiah bagi kutipan tertinggi kad jogathon individu bagi ibubapa/guru - hamper

Hadiah-Hadiah bagi cabutan tiket bertuah;
1. Sijil Premium RM150
2. Sijil Premium RM100
3. Sijil Premium RM50
4. Hamper-Hamper

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI DATANG BAGI MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM INI...

Saturday, October 31, 2009

PERTANDINGAN SERASI-SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR


Sepohon pokok bunga ros di Taman Matematik/Taman Rose

Taman Matematik/Taman Rose

Guru-Guru turut memberi sumbangan mewarna mural dinding sekolah

Sk. Tansau dicalonkan untuk menyertai pertandingan SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar) peringkat Daerah Penampang. Pemantauan siri pertama daripada pegawai-pegawai pelajaran daerah pada 29hb Oktober 2009 telah melayakkan sekolah ini untuk memasuki pertandingan SERASI peringkat siri kedua. Bagi menjayakan pertandingan Sekolah Rakan Alam Sekitar ini, sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti kearah keceriaan sekolah dan kebersihan sekolah. Aktiviti-aktiviti seumpama ini giat dijalankan dari tahun 2007 dengan mengadakan gotong-royong sekolah, gotong-royong anjuran PIBG sekolah dan juga dibawah program PPD Penampang Gotong-Royong Perdana. Selain dari itu, sekolah juga mengamalkan kempen anti kutu sampah di persekitaran sekolah dan juga luar sekolah. Kesedaran mengenai kebersihan ini juga turut dipupuk kepada pelajar murid ini dengan mengadakan kebersihan kelas dan sekeliling sekolah 5 minit sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Selain daripada itu banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi menjayakan pertandingan SERASI ini dengan melukis mural mengenai alam semula jadi, menanam lebih banyak pokok bunga, penggunaan bahan-bahan kitar semula, penggunaan tangki dan banyak lagi. Semoga dengan kerjasama yang diberikan daripada pelajar, guru, PIBG dan masyarakat sekeliling dapat menjayakan lagi program dan pertandingan ini. Terima kasih pada semua yang terlibat.

Friday, October 30, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR





Program Lawatan Sambil Belajar telah diadakan pada 28hb Oktober 2009. Seramai 160 pelajar dan 15 orang guru turut menyertai dalam program ini. Lawatan dimulakan dengan lawatan ke Zoo Kem Lok Kawi, seterusnya ke Aquarium Museum di Universiti Malaysia Sabah dan akhirnya ke Muzium Sabah. Perjalanan aktiviti program lawatan sambil belajar ini telah diusahakan oleh Pn. Aisah Bukang bagi aktiviti Program selepas UPSR dan juga usahasama daripada Panitia Pendidikan Moral yang diketuai oleh Pn. Aisah Salim. Amat membanggakan aktiviti ini berjalan dengan amat lancar dan amat menyeronokkan terutama bagi pelajar-pelajar yang terlibat. Semoga aktiviti seperti ini dapat lagi diadakan pada tahun-tahun seterusnya dan terima kasih kepada semua yang turut bekerjasama dalam program ini. Sekian.

LAWATAN INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS GAYA




Pada 28hb November SK Tansau telah menerima lawatan dari Institut Perguruan Malaysia Kampus Gaya. Seramai 37 orang pelatih dengan 2 orang pensyarah datang untuk mendengar dan melihat sendiri perjalanan Program Inovasi 'World of Stories' yang dimenangi oleh Panitia Bahasa Inggeris. Acara dimulakan dengan talimat ringkas tentang sekolah dan perjalanan aktiviti World of Stories yang disampaikan oleh Pn. Dk. Ratnazurainie sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan penerangan mengenai aktiviti keseluruhan disampaikan oleh Pn. Anisah Abdul Samad selaku Ketua Program Inovasi tersebut. Selepas taklimat dan sesi soal jawab, pelatih-pelatih dan pensyarah dibawa sekeliling sekolah untuk menyaksikan sendiri aktiviti pelajar semasa rehat iaitu Spelling Board Activity, Genius Reader dan Reading Partner Activity. Walau bagaimanapun aktiviti lainnya tidak dapat dijalankan memandangkan pada hari yang sama sekolah turut mengadakan aktiviti Ceramah untuk Tahun 6 dan Ujian Excel untuk Tahun 5. Pihak sekolah ingin mengucapkan sejuta penghargaan kepada pelatih-pelatih dan pensyarah-pensyarah yang sudi datang ke sekolah kami. Terima kasih kami ucapkan...


Tuesday, October 27, 2009

AKTIVITI SUKAN PERMAINAN SELEPAS UPSR ANJURAN PPD PENAMPANG


Pertandingan Bola Baling untuk pelajar-pelajar UPSR peringkat daerah Penampang telah diadakan pada 27hb Oktober 2009. Pertandingan diadakan di Padang B, Kompleks Sukan Penampang yang berlangsung dari jam 7.30 pagi sehingga 4.00 petang. Semua sekolah daerah Penampang turut memberi sokongan di dalam pertandingan ini termasuklah SK. Tansau. Walaupun tidak memenangi sebarang pingat tetapi pihak sekolah amat berbangga dengan semangat kesukanan pelajar yang terlibat semasa permainan tersebut. Pelajar perempuan turut diberi pujian terhadap permainan mereka yang teratur. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang terlibat.

Monday, October 19, 2009

PERGAMBARAN BTP UNTUK THAILAND-MALAYSIA ACTION RESEARCH CONFERENCES 2009






Pada 19hb Oktober 2009, Bahagian Teknologi Pendidikan telah datang ke sekolah bagi pergambaran aktiviti Program Inovasi World of Stories untuk dibawa ke Thailand-Malaysia Action Research Exhibition Conferences 2009. Program ini turut membawa nama baik sekolah SK. Tansau sebagai sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar untuk dipertengahkan di peringkat antarabangsa. Pihak Panitia Bahasa Inggeris ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan anggota kakitangan sokongan sekolah dengan segala kerjasama yang diberikan selama ini demi menaikkan dan mengharumkan nama baik sekolah. Semoga sekolah SK. Tansau akan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang bukan sahaja dari segi kerjasamanya tetapi juga dari segi kecemerlangan pelajar-pelajarnya...

Tuesday, October 13, 2009

PROGRAM SMERP


Penerangan dari En. Rosly kepada pelajar tahun 6 sebelum Aktiviti Mini Olahraga.

Minggu 1 - Mini Permainan -Bola Sepak(L), Bola Jaring (P), Bola Tampar (L&P) & Program SMERP - BM(Bercerita), BI(WOS), MT&SC(Melabel Nama Saintifik Tumbuhan)

Minggu 2 - Mini Permainan & Program SMERP - BM(Pidato), BI(Scrap Book&Creating Short Stories), MT(Menimbang Objek), SC(Words Search-Plants & Solar System)

Minggu 3 - Mini Olahraga & Program SMERP - BM(Membaca Berita), BI(Scrabble&Mural), MT(Mengukur Panjang Objek), SC(Crossword Puzzle-Parts of Trees).

Aktiviti selanjutnya akan diterbitkan selepas tamat minggu ke-3...

Monday, October 12, 2009

Malaysian Grid For Learning (MyGfl)

Dua orang guru dari SK Tansau iaitu En Bahar Mohd sapire dan Pn. Joyce Jessica Michael Gumpil telah menghadiri kursus Malaysian Grid for learning dengan jayanya. Kursus selama dua hari tersebut yang bermula 12-13/10/2009 banyak mebincangkan soal pembelajaran secara interaktif . Kursus tersebut akan melibatkan semua guru dan murid dalam sekolah tersebut dimana semua warga sekolah dapat mengakses data dan pelbagai sumber lain termasuk menjawab soalan secara interaktif antara guru dan murid.
Portal baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini sebenarnya telah mula diaplikasikan pada tahun 2007 lagi dan kini telah diperluaskan keseluruh Malaysia. Daerah Penampang telah menganjurkan kursus ini untuk diaplikasikan di 18 buah sekolah rendah dan menengah sebelum disebarkan kesemua sekolah didaerah penampang.
Moga aplikasi atau portal ini dapat membantu guru dan murid amnya dalam peningkatan akademik murid.

Saturday, October 10, 2009

JASAMU DI KENANG









Dalam gambar: En. Azhar, En. Hussin, En. Asmat



Dalam gambar: Pn. Mulikah, Pn. Anisah, Pn. Maria, Ustazah Rinah.
Pihak Sekolah ingin mengucapkan terima kasih di atas jasa-jasa yang telah disumbangkan kepada sekolah kepada Puan Maria Binti Ajak yang telah pun mula bersara pada 5 November 2009. Pengorbanan dan jasa beliau tidak dapat kami lupakan dan sangat kami hargai. Jamuan persaraan beliau telah diadakan pada 10 Oktober 2009 di Hotel Beverly, Kota Kinabalu. Jamuan juga diadakan bagi meraihkan majlis perpisahan seorang guru yang telah berkhidmat di SK. Tansau selama 17 tahun iaitu Encik Asmat Amit. Beliau telah banyak memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada pelajar-pelajar SK. Tansau sehinggalah berakhirnya UPSR 2009. Beliau merupakan salah seorang guru yang mendidik pelajar-pelajar tahun 6 tahun ini. Jasa dan sumbangan beliau juga turut dihargai oleh semua warga SK. Tansau. Terima Kasih Guruku...

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI

Pihak Editor Blog Buletin SK. Tansau ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI
kepada semua Warga SK. Tansau dan semua yang menyambutnya dengan ucapan
Maaf Zahir dan Batin.

MAJLIS AMAL JARIAH SK TANSAU

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, di bawah pengendalian Penolong Kanan Hem, Pn. Anisah Abdul Samad, sekolah ini telah mengadakan punggutan amal jariah bagi memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan sempena menyambut Hari Raya Adil Fitri yang akan menjelang tiba. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah punggutan amal dari guru-guru dan orang luar dan juga Jualan Amal yang diadakan pada 14hb dan 15hb September 2009. Barangan yang dijual adalah hasil sumbangan daripada guru-guru dan PIBG sekolah. Di antaranya adalah baju kurung, kemeja, seluar, baju kanak-kanak, perhiasan rumah, majalan dan lain-lain. Hasil jualan dan sumbangan daripada guru-guru dan PIBG ini disumbangkan terus kepada murid-murid pada 15hb September 2009 yang telah dilaksanakan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah, En Idris.
Terima Kasih di atas sumbangan Para Guru dan PIBG sekolah dan usaha dalam menjayakan Majlis Amal Jariah tersebut.

PERASMIAN PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH




Sempena Hari Kemerdekaan Ke-52 sekolah ini turut mengadakan Bulan Kemerdekaan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang erti kemerdekaan dan juga bagi memperingati tokoh-tokoh negara yang telah bertungkus lumus memerdekakan tanah melayu pada tahun 1957. Beberapa aktiviti telah dijalankan sempena bulan tersebut seperti membuat buat scrap tokoh-tokoh negara, deklamasi sajak, koir, mewarna bendera Malaysia, Kolaj, mengira bendera Malaysia di kawasan sekolah, Pameran Kemerdekaan dan banyak lagi.
Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan pula diadakan pada 15hb September 2009 yang turut dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah iaitu En. Idris. Sempena Majlis tersebut beberapa aktiviti dijalankan seperti persembahan tarian dari Pra Sekolah SK. Tansau, Deklamasi Sajak dan Nyanyian beramai-ramai lagu 31 Ogos, Satu Malaysia, KeranaMu, Jalur Gemilang dan beberapa lagu patriotik yang lain. Majlis dimeriahkan lagi dengan menyampai hadiah bagi pemenang-pemenang yang telah memenangi aktiviti yang telah dijalankan disepanjang bulan kemerdekaan tersebut.



Sunday, September 6, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Seramai 120 orang murid sekolah ini akan menduduki peperiksaan UPSR bermula 8.9.2009 dan akan berakhir pada 10.9.2009. Pihak sekolah dan para warga SK Tansau mengucapkan selamat menduduki UPSR moga menjawab semua kertas soalan dengan baik.

SELAMAT MENJAWAB DAN MOGA BERJAYA

Thursday, September 3, 2009

SOLAT HAJAT UPSR 2009


Solat Hajat UPSR diadakan pada 20hb Ogos 2009 bertempat Dewan Terbuka SK. Tansau. Acara bermula pada jam 6.00. Ramai ibubapa dan murid turut hadir dalam upacara ini. Solat ini adalah bertujuan memberi restu untuk murid-murid SK.Tansau yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR pada 8 - 10hb September 2009.

Tuesday, August 18, 2009

KEMUNCAK KEJOHANAN MSS SK TANSAU KE 27- 2009

Acara Kemuncak Kejohanan MSS SK Tansau telah diadakan pada 17hb Ogos 2009(Isnin) di Kompleks Sukan Penampang. Turut hadir untuk perasmian penutupan majlis kejohanan tersebut ialah En.Satar Tahar selaku wakil Pegawai Pelajaran Daerah. Kejohanan Majlis MSS SK. Tansau dirangkul oleh Rumah Wira(Merah) yang berjaya mendapat 8 Emas diikuti dengan rumah Satria (Kuning), tempat ketiga rumah Iswara(Biru) dan tempat ke-4 rumah Waja(Hijau). Olahragawan dan olahragawati kedua-duanya dirangkul oleh rumah Wira iaitu adik Edzuanizam dengan memperoleh 2 Emas dan 2 Perak, dan adik Brenda dengan memperolehi 2 Emas. Majlis kejohanan berjalan dengan lancar dan pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru pratikum yang turut serta menjayakan majlis kejohanan ini. Terima kasih dari kami warga SK. TANSAU.
'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA' editor:drz

Saturday, August 15, 2009

RAPTAI MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN SEKOLAH

Raptai MSS SK. Tansau telah berlangsung dengan jayanya pada 15hb Ogos 2009, Sabtu yang bermula pada jam 7.00 pagi. Turut berlangsung pada hari berkenaan adalah acara padang-Lompat Jauh Akhir(L/P), Lompat Tinggi Akhir (L/P) dan juga Lontar Peluru Akhir (L/P). Acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Pn. Anisah Abdul Samad, Penolong Kanan HEM. Acara berakhir pada jam 11.30 pagi dan acara kemuncak Kejohanan MSS SK.Tansau akan diadakan pada 17hb Ogos 2009 bermula jam 7.00 pagi di Kompleks Sukan Penampang. Orang ramai dialu-alukan datang bagi memeriahkan lagi majilis tersebut.

Friday, August 14, 2009

SEKALUNG BUDI

Tanggal 14hb Ogos 2009 - Guru-guru Praktikum Pra Sekolah daripada Institut Perguruan Gaya akan menamatkan sesi latihan mereka di sekolah ini. Warga SK. Tansau ingin merakamkan ribuan terima kasih mereka yang mula berkhidmat sebagai guru pelatih pada 6 Julai 2009. Mereka adalah SITI AMYZAH BT MOHD KASSIM, MOHD. EFFIE BIN MOHD SELLI, SAIFUL BIN ZUHARI DAN NORSALMIAH BINTI SALLEH. Di sepanjang latihan mengajar, mereka telah berjaya mendidik murid-murid pra sekolah dengan cemerlang. Selain dari itu, mereka juga turut membantu sekolah dalam melatih murid-murid bagi pertandingan Festival Bakat Pra Sekolah Peringkat Daerah Penampang dan juga bahagian Zon Pantai Barat.
Mereka juga turut melibatkan diri bagi keceriaan pra sekolah yang amat dibanggakan oleh pihak sekolah dengan mural-mural yang cantik dan menarik. Majlis perpisahan telah diadakan pada 13 Ogos 2009. SEGALA JASAMU TETAP KAMI KENANG. TERIMA KASIH DARI KAMI WARGA SK TANSAU.

Friday, August 7, 2009

PELANCARAN PENCEGAHAN H1N1 PERINGKAT SEKOLAH

Pelancaran H1N1 perinkat sekolah telah dilancar dengan rasminya oleh Guru Besar SK. Tansau, En. Alhazmi Abddulah pada 8hb Ogos 2009. Ahli jawatan kuasa induk telah dibentang dalam menangani masalah Influenza ini. Program ini dibawah kelolaan En. Rosli Hj. Mohd Jasri, Unit Bimbingan dan Kaunseling. Di antara aktiviti dijalankan adalah pemberitahuan tentang bahaya H1N1, Penjagaan Diri, Kebersihan dan lain-lain yang berkaitan dengan kebersihan dan pencegahan.
editor:drz

Tuesday, August 4, 2009

AMARAN INFLUENZA (H1N1)

Jika anda mengalami gejala demam selesema seperti demam dan salah satu daripada tanda-tanda berikut – batuk, sukar bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak, anda perlu segera mendapatkan rawatan
di klinik/hospital yang berdekatan.

Monday, July 27, 2009

MINGGU PUSAT SUMBER

PERTANDINGAN BACATON
Minggu Pusat Sumber sekolah telah diadakan pada 13 Julai 200 hingga 17 Julai 2009 selama seminggu. Di antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
1. Pertandingan Bacaton terbuka kepada murid-murid tahap 2
2. Pertandingan mengulas watak cerita terbuka kepada semua murid tahap 1 dan 2
3. Pertandingan mewarna watak cerita terbuka kepada semua murid-murid tahap 2
4. Pertandingan mencari gambar tersembunyi terbuka kepada semua murid tahap 1 dan 2
5. Pertandingan teka silang kata terbuka kepada semua murid tahap 1 dan 2.
Acara penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Guru Besar SK. Tansau, Alhazmi Abddullah semasa perhimpunan sekolah iaitu pada hari Isnin - 27 Julai 2009.
Minggu Pusat Sumber Sekolah ini dikendalikan oleh Pn. Isma Mail - Guru Pusat Sumber Sekolah.
editor:drz

Thursday, July 23, 2009

LATIHAN RUMAH SUKAN UNTUK MAJLIS KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH SK.TANSAU ke 27 - 2009


Pemilihan & Taklimat Peserta Murid Sidang Petang


Pada mesyurat sukan yang diadakan pada 18 Julai 1009, ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan sukan sekolah pada 15 Ogos 1009 (Sabtu - Padang Sekolah untuk Acara Padang) dan 17 Ogos 2009(Isnin - Kompleks Sukan Penampang untuk Acara Belapan).
Oleh itu latihan rumah-rumah sukan telah dimulakan pada 23hb Julai 2009 untuk melatih peserta-peserta rumah masing-masing. Jadual latihan telah ditetapkan iaitu jam 3 petang setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Latihan Perbarisan pula dijalankan di sebelah pagi.
Ketua-ketua rumah sukan adalah seperti beikut:
Rumah SATRIA(Kuning) -Pn. Habibah Yaakub(Ketua), En.Hussin Amid (Pen)
Rumah WIRA(Merah) - Pn.Siti Aisah Salim, En.Bahar Mohammad Sapire (Pen)
Rumah ISWARA(Biru) - Pn. Janet Jurie(Ketua), En.Hadil Muien Masdin (Pen)
Rumah WAJA(Hijau) - Pn.Melinda Charl Kaur (Ketua), En.Mohd. Termizi Daud (Pen)
Perjalanan Sukan Sekolah ini dilaksanakan atas usahasama guru-guru praktikum dari Institut Perguruan Gaya iaitu PN. NORHAZLYNDA ASAAD, EN. FAZRULLAH ONEY HARZRUL B ABD MANAP,NORHAIRANI BINTI AWANG, NORRAESAH BT YUSOF,NORISMAWATI BT ISMAIL,EN.ABD AZIZ B HUSSIL , EN. MOHD SAIFUL(PRA) , EN. MOHD ELFFY(PRA), CIK SITI AMYZAH(PRA) DAN CIK NORSALMIAH(PRA).

'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'

Tuesday, July 14, 2009

PROGRAM KLINIK UPSR 2009



Tarikh: 16hb Julai 2009
Tempat: Bahagian Teknologi Pendidikan (Pusat Sumber Pendidikan Negeri)
Masa: 7.00 pagi - 5.00 petang
Sasaran: Pelajar Tahun 6
Anjuran: Yayasan Sabah & SK.Tansau
Penceramah: Bahasa Malaysia - En.Ismail Pani, Bahasa Inggeris - En. Amiruddin,Sains - En. Peter Pakang dan Matematik-Pn. Angeline

Sunday, July 12, 2009

TUNAS GEMILANG



Ujian Tunas Gemilang telah diadakan di SK. Tansau pada 11 hb Julai 2009. Ujian ini dikendalikan oleh 21 Jurulatih Utama yang dipilih daripada Institut Sukan Negara. Tunas Gemilang adalah ujian saringan untuk mencungkil bakat murid dalam bidang sukan sekolah. Setelah di uji dan ditapis, murid yang berpotensi akan diserapkan di sekolah sukan di bawah pengendalian ISN.
editor: drz

Friday, July 10, 2009

KELAS MALAM - MEKAR

Pengumuman: Bermula pada 6hb Julai 2009, SK.Tansau akan mengadakan Kelas Mekar (kelas malam) untuk pelajar UPSR yang terpilih. Tujuannya adalah untuk menaikkan lagi prestasi UPSR pelajar tahun 6 dalam Peperiksaan UPSR 2009. Projek MEKAR ini adalah usahasama PIBG dan guru-guru SK.Tansau. Kelas diadakan setiap hari Isnin-Khamis dari jam 7.00-8.00 mlm. Isnin mata pelajaran Matematik yang dikendalikan oleh Pn. Joyce dan Pn. Aisah Bukang, Selasa-Sains: Pn.Normi dan En.Hadil, Rabu-English: Pn. Nurfadzillah N.Kamal dan Khamis Bahasa Melayu: En. Maarof dan En. Asmat. Semoga program ini dapat meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti Prestasi UPSR SK.Tansau bagi tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Terima kasih atas kerjasama guru2 terlibat dan juga PIBG sekolah. Pengorbanan yang dicurahkan amat kami hargai.. sekian...
editor:drz

Monday, June 29, 2009

SK TANSAU LEADERSHIP CAMP 2009


PESERTA DALAM AKTIVITI GIANT LADDER

STAF O.B.S DAN STAF SK.TANSAU:
Dari kiri:En.Robert(OBS), Pn. Anisah(PK HEM), En.Alhazmi (GB), Pn.Suzana(wakil PPD Penampang), Pn. Irra(Course Coordinator), En. Mark (OBS), Pn. Edith (Marketing Exe. OBS), Cik Evelyn (OBS), Rosellyn(OBS), Pn. Rahmah (As.Camp Com.) dan En.Asmat (SKT)

Hadapan: En. Saruddin(SKT), En.Azhar(SKT),En.Bahar Mohamad Sapire(Camp Com) dan Pn. Ratna (Penyelaras Perkhemahan) --Jurugambar:En. Al Bazil Abdul Jari
Tarikh : 27 - 28 Jun 2009
Tempat : Outward Bound School, Kinarut
Bilangan Peserta : 69 pelajar
Perkhemahan diadakan bagi membentuk kepimpinan, disiplin dan sahsiah pelajar yang terpilih. Aktiviti yang diadakan seperti memanjat Giant Ladder, Kayaking, Flying Fox, Rock Climbing, Night Line, Orienteering Light dan Telematch.
Kem ini dikendalikan di bawah pengawasan PK HEM Pn Hjh Anisah dengan hasil usaha Penyelaras kem Pn DK.Ratnazurianie dengan bantuan Kem Komandan, En Bahar Mohd Sapire.
Menurut Pegawai Pemasaran OBS Pn Edith, SK Tansau merupakan Sekolah Rendah Melayu yang pertama mengadakan Kem di Outward Bound Sabah Kinarut sejak ia ditubuhkan.
Perasmian Penutupan Kem dilakukan oleh Pn. Suzana Cosmas, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Penampang selaku wakil PPD Penampang.
AA.. 7.01pm290609

Monday, June 22, 2009

PENGUMUMAN PENYERAHAN BUKU REKOD KEMAJUAN PELAJAR

Tarikh : 26 Jun 2009 (Jumaat)
Masa : 7.30 - 11.30 pagi

Semua Ibubapa dikehendaki hadir pada hari tersebut mengikut masa yang ditentukan.

Sunday, June 21, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM HARI GURU PERINGKAT DAERAH PENAMPANG 2009

GURU-GURU SK.TANSAU TURUT MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS MAKAN MALAM HARI GURU
EN. HUSIN AMID, EN. AZHAR & EN. HADIL

PN. MARIA, PN. TALINAH & PN. AISAH

Selamat Hari Guru - Untuk memperingati jasa guru, Pejabat Pelajaran Daerah Penampang telah menganjurkan Majlis Makan Malam yang diadakan di Grand Port View, Kota-Kinabalu. Setiap sekolah menghantar wakil untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis bermula pada jam 7 malam dan turut dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Penampang sendiri iaitu En. Denis Gompion. Acara dimeriahkan lagi dengan nyanyian Karaoke dari guru-guru dan juga Best Dress of the Nite. Best Dress of The Nite Female telah digondoli oleh Pn. Francisca dari Pusat Kegiatan Guru Penampang dan Best Dress of The Nite Male telah dianugerahkan pada En. Zainal dari Pejabat Pelajaran Daerah Penampang. Acara kemuncak Hari Guru Peringkat Daerah Penampang akan diadakan pada 20hb Jun 2009 bertempat di Dewan Kebudayaan Penampang bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa.
editor:drz

Wednesday, May 27, 2009

EDUCATION COLLOQUIUM COMMONWEALTH EDUCATION GOOD PRACTICE AWARDS 2009







Tahniah kepada Sabah State Education Department kerana telah terpilih dalam penganugerahan Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang diadakan khusus bagi mengikhtiraf amalan-amalan pendidikan yang terbaik dan yang berpotensi dalam kalangan negara-negara Komenwel. Sebanyak 9 projek dari kalangan 7 buah negara Komenwel telah berjaya ke pusingan akhir Commonwealth Education Good Practice Awards 2009. Antaranya adalah dari BOTSWANA, INDIA, MAURITIUS, PAKISTAN, UGANDA, UNITED KINGDOM dan MALAYSIA. Bangganya negara kita telah berjaya mendapat 3 projek untuk dalam peringkat akhir ini iaitu projek SK Ulu Labai, Sarawak, Ba Kelalan Primary School Sarawak dan juga Jabatan Pendidikan Sabah dalam projek yang diusahakan oleh SK. Mutiara, SK. St. Anges dan juga SK. Tansau.
Projek dari SK Tansau adalah dari projek Inovasi Bahasa Inggeris yang bertajuk 'WORLD OF STORIES' yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris. Antara yang terlibat adalah Pn. Anisah Abdul Samad, Pn. Suzana Cosmas dan Pn. Dk. Ratnazurainie dan tidak ketinggalan jasa baik dan sokongan dari Puan Jehan Abdullah.
Pertandingan akhir ini akan diadakan di Institut Aminuddin Baki di Genting Highlands pada 11 - 12 Jun 2009. Tahniah dan Semoga berjaya!!!

Tuesday, May 26, 2009

SUKAN PRA-SEKOLAH PERINGKAT DAERAH PENAMPANG 2009

Tempat Pertama: Pertandingan Membaling Bola Jaring
Pertandingan Menjaring Bola Jaring

Tahniah kepada Pra Sekolah SK. Tansau kerana memperolehi Naib Johan Keseluruhan dalam Acara Sukan Pra Sekolah Peringkat Daerah Penampang yang telah diadakan pada 19hb Mei di SK. Kibabaig dan acara penutupan pada 20 Mei 2009 di Kompleks Sukan Penampang. SK.Tansau telah memperolehi 2 emas dalam acara'bola jaring' dan dan lari berpasukan perempuan 4 x 50 meter, 2 perak lari berpasukan lelaki 4 x 50 meter dan acara masukkan bola dalam air dan 1 gangsa dalam acara menendang bola kedalam gol(lelaki).

Dua kumpulan pelajar pra sekolah Sk. Tansau telah terpilih untuk mewakili Daerah Penampang ke Acara Sukan Pra Sekolah Peringkat Pantai Barat Selatan di SK. Nalapak, Ranau pada 28 Mei 2009. Semoga berjaya dan tahniah sekali lagi kepada guru-guru dan pelajar-pelajar prasekolah SK. Tansau.

"MAJULAH SUKAN UNTUK SK.TANSAU"

Sunday, May 24, 2009

PUBLIC SPEAKING PENAMPANG DISTRICT LEVEL

Public Speaking Peringkat Daerah Penampang akan diadalah pada 29 Mei 2009. SK Tansau telah di pilih untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan yang pertama kali diadakan di peringkat daerah Penampang. Pertandingan akan bermula pada jam 7.30 pagi bertempat di Pra Sekolah B SK. Tansau.

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Sambutan hari guru peringkat sekolah disambut meriah sabtu lalu 23 mac 2009 bertempat di perkarangan sekolah. Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah airku serta lagu Guru Malaysia menjadi pembuka tirai perayaan pada kali ini. Ikrar guru telah dipimpin oleh En.Bahar Mohd Sapire seterusnya persembahan koir dan deklamasi sajak oleh murid menjadikan perayaan ini menjadi lebih menarik. Pada perayaan hari guru kali ini beberapa acara telah dipertandingkan seperti badminton, selipar gergasi, bola sepak, carrom, boling padang dan acara tarik tali.
Pada sambutan hari guru ini kumpulan 4 dibawah pimpinan GPK Hem Pn Hjh Anisah Abd Samad telah mengungguli semua acara yang dipertandingkan dengan merangkul 4 emas, 4 perak dan 1 gangsa diikuti kumpulan 3 dengan 3 emas dibawah pimpinan GPK 1 Pn. Mulikah.
Sambutan hari guru peringkat sekolah ini telah disempurnakan oleh wakil pegawai PPD Penampang dengan memotong kek sebagai acara kemuncak sambutan.
kepada semua guru... SELAMAT HARI GURU.........
'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'

Saturday, May 9, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2009/2011

Setinggi-tinggi penghargaan buat YB Datuk Dr Marcus Mojigoh ahli Parlimen P173 Putatan di atas kesudian Datuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Tansau sesi 2009/2011. Selain itu, Datuk Marcus juga berkenan merasmikan Anjung PIBG yang baru berdekatan pintu masuk sekolah.
Mesyuarat yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir jam 1 petang itu telah sebulat suara melantik En. Mohd Buang sekali lagi sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2009/2011.

Wednesday, May 6, 2009

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

Pertandingan Deklamasi Sajak minggu PPDa




Minggu PPDa telah berlangsung pada 27.4.2009-30.4.2009- pelbagai program telah diadakan antara lain seperti pertandingan deklamasi sajak, mewarna, buku skrap, pameran dan ceramah. program ini turut mendapat kerjasama daripada Pasukan polis Daerah Penampang Cawangan Narkotik.

Tuesday, May 5, 2009

JASAMU DIKENANG



Tahniah.. Encik Ag Duramin bin Tapa dan Pn. Suzana Cosmas diatas perlantikan kenaikan pangkat masing-maisng ke Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ke PPD penampang sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah.

GAMBAR: PN SUZANA COSMAS BERPINDAH KE PPD P'PANG

Thursday, April 23, 2009

PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT DAERAH

Syabas dan tahniah buat adik Catriona diatas kejayaan merangkul tempat ketiga didalam pertandingan bercerita peringkat daerah Penampang hari ini (24.4.2009). Peserta ini telah dipimpin oleh Cikgu Talinah Jeman.

Saturday, April 18, 2009

SAHABAT PPDa-PETRONAS

Sabtu 18.4.2009 - seramai 10 orang murid SK Tansau telah terpilih menyertai program pencegahan dadah iaitu SAHABAT PPDa-PETRONAS. Program Peringkat Negeri Sabah ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan PETRONAS. Dalam program tersebut para peserta telah didedahkan tentang bahaya dadah dan pencegahannya selain mempromosikan PETRONAS kepada para murid sekolah rendah. Program yang disertai oleh lebih 300 orang murid ini datang dari 8 buah daerah yang berlainan.

Tuesday, April 7, 2009

PROGRAM MOTIVASI UPSR 2009

Program motivasi UPSR 2009 telah dijalankan pada 4.4.2009 yang lalu. Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kauseling telah berlangsung dengan jayanya. Program Motivasi ini telah melibatkan semua murid tahun 6 dan juga turut disertai oleh para ibubapa murid masing-masing. program ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ceramah dan bengkel.

ENGLISH IN CAMP Peringkat Daerah Penampang



English IN CAMP Peringkat Dearah Penampang telah diberlangsung pada 27-28 Mac 2009 yang lalu bertempat di SK Moyog sebagai tuan rumah. Antara wakil sekolah ialah Cikgu Suzana Cosmos dan Cikgu Dk. Ratnazurainie Pg Masri serta 6 orang murid iaitu Adik Aziatul, Adik Anugerah, Adik SitiAisyah, Adik Mazlinah, Adik Faez dan Adik Vanaldo.

TAHNIAH diucapkan kepada Adik Anugerah Agus di atas kejayaan terpilih sebagai peserta terbaik yang telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Penampang En Denis Gompion.

Monday, March 23, 2009

MINGGU BAHASA MALAYSIA


Panitia Bahasa Malaysia (Ketua Panitia Pn. Talinah Jeman) telah menganjurkan minggu Bahasa Malaysia pada bulan Februari yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti Pertandingan Tulisan Tercantik untuk tahun 1 dan Pertandingan Bercerita untuk tahun 2 dan 3. Hari ini 23 Mac 2009 telah berlangsung penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk setiap kategori tersebut. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penyelia Petang SK Tansau iaitu Puan Salat Tarasil.

Dalam majlis penyampaian hadiah tersebut, para pemenang juga telah membuat persembahan bagi setiap pemenang bercerita untuk setiap tahun tersebut. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Pertandingan Tulisan Tercantik


  1. Mohd Hariz Danial - Tahun 1 cemerlang
  2. Mohd Amirul - Tahun 1 cemerlang
  3. Nursyahidatul Asmira - Tahun 1 cemerlang

Pertandingan Bercerita Tahun 2

  1. Anis Nabila - tahun 2 cemerlang
  2. Wani Wanga - Tahun 2 cemerlang
  3. Nuraimah - Tahun 2 cemerlang

Pertandingan Bercerita Tahun 3

  1. Catriona - Tahun 3 cemerlang
  2. Anis Maisarah - Tahun 3 cemerlang
  3. Dayang Farhana - Tahun 3 cemerlang


Thursday, March 12, 2009

CINTA RASUL







Tahniah atas kejayaan SK Tansau dalam program maulidur rasul anjuran Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh Datuk Nasir Tun Sakaran (Menteri di Jabatan Ketua Menteri) pada 7 Mac 2009 yang lalu. pelajar yang terlibat adalah Muhd Yazid, Wahyuddin, Syuib, Fazli, Anugerah, Adhwa, Nelzarinah dan Mazlina. Pasukan ini telah diiringi oleh Cikgu Wanga Worren (GPK KOKUM)

Sunday, March 8, 2009

PROGRAM INOVASI 'WORLD OF STORIES'



Tahniah! SK Tansau telah menjohani pertandingan INOVASI berkumpulan peringkat negeri Sabah 2008 dan kini telah terpilih dalam pertandingan peringkat antarabangsa KOMENWEL dalam program GOOD PRACTICE AWARD. Inovasi ini telah dianggotai oleh Pn. Anisah Abd Samad (GPKHEM), Pn. Suzana Cosmos dan Pn.Dk.Ratnazurainie Pg. Masri.

EMAS IN CAMP