BARISAN PENDIDIK SK TANSAU

BARISAN PENDIDIK SK TANSAU
BARISAN PENDIDIK SK TANSAU 2010

Thursday, March 21, 2013

Updating Info Terbaru Blog SK TANSAU.. Nantikan!!

Salam Satu Malaysia. Setelah lama blog Buletin SK Tansau berdiam kami akan mengaktifkan semula perkembangan-perkembangan terkini tentang sekolah kami.  Terima kasih di atas kesetiaan anda dalam mengikuti perkembangan sekolah kami.

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


WARGA SK TANSAU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG2 BLOK SK TANSAU DAN SEMUA UMAT ISLAM DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Monday, August 30, 2010

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI


WARGA SK TANSAU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

MERDEKA!!! ~ MERDEKA!!! ~ MERDEKA!!!

Saturday, July 24, 2010

POST MORTEM JALINAN PEMUAFAKATAN AKADEMIK PPD PENAMPANG




Post Mortem Jalinan Pemuafakatan Akademik PPD Penampang telah diadakan pada 24hb Julai 2010 (Sabtu). Tujuannya adalah untuk mengetahui perkembangan akademik khususnya keputusan UPSR bagi setiap sekolah di Daerah Penampang.
Pembentangan dimulakan dengan ucapan daripada En. Richard selaku Ketua Unit Sains & Matematik bagi daerah Penampang. Beliau juga diiringi dengan pegawai-pegawai PPD yang lain iaitu Pn. Suzana, Pn. Rozy, Cik Brenda dan Pn Derliana. Pegawai Daerah, En. Denis Gompion memohon maaf kerana tidak dapat hadir kerana beliau menghadiri satu lagi program di dalam daerah ini.
Sepanjang pembentangan pihak ppd amat berpuashati dengan keputusan analisis keseluruhan. Walau bagaimanapun barisan pegawai pelajaran daerah turut memberi nasihat untuk tidak padang leka pada keputusan yang ada sekarang dan berpesan agar terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai keputusan UPSR bukan sahaja berkuantiti tetapi juga berkualiti.
Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pegawai-pegawai pelajaran daerah Penampang di atas kesudian tuan puan datang kesekolah kami dan atas segala khimat nasihat yang diberikan. Insyallah kami akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan lagi keputusan UPSR SK. Tansau kearah yang lebih Cemerlang.

Thursday, July 22, 2010

PERTANDINGAN KITCHEN GARDEN/EDIGBLE LANDSKAP PERINGKAT NEGERI SABAH 2010

Sk. Tansau telah dicalonkan untuk memasuki Pertandingan Kitchen Garden/Edigble Landskap Peringkat Negeri Sabah 2010. Program ini adalalah merupakan program di bawah anjuran FAMA dalam Kempen Bumi Hijau 2010.
Kitchen Garden/Edigble Landskap adalah satu sudut khas yang diwujudkan dalam seklah bagi penanaman sayuran, herba dan ulam-ulaman dan hasil yang dikeluarkan adalah untuk keperluan komuniti sekolah dan sekitar.
Tarikh penghakiman adalah pada 27 - 30 September 2010. Untuk makluman juga Sk Tansau juga merupakan calon tunggal dari Daerah Penampang untuk mengikut pertandingan ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

PENDAFTARAN PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1 2011

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG KAMI:
PENDAFTARAN PRA SEKOLAH DAN TAHUN 2011 TELAH DIBUKA SEHINGGA PADA 31 OKTOBER 2010. SILA MAKLUMKAN KEPADA SEMUA MASYARAKAT SEKELILING. TEMPAT ADALAH TERHAD BAGI PRA SEKOLAH. SEKIAN TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM...

Monday, July 12, 2010

PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI)

Sekali lagi SK Tansau mencipta nama dengan memenangi Pertandingan Serasi Peringkat Daerah Penampang dan sekaligus mewakili Daerah Penampang ke Peringkat Negeri Sabah. Tahniah kepada semua warga SK Tansau dan PIBG sekolah yang telah banyak membantu dalam menjayakan program SERASI sekolah. Penilaian akan diadakan pada 29hb Julai 2010. Kami doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Thursday, January 28, 2010

LAWATAN MAJLIS GURU BESAR LAHAD DATU

Lawatan MGB Lahad Datu berjalan dengan lancar pada 29hb Januari 2010. Ketibaan mereka disambut dengan barisan guru-guru, pengawas-pengawas sekolah dan pukulan kompang oleh pelajar-pelajar pada jam 7.30 pagi. Setelah itu para MGB dihiburkan dengan barisan Koir oleh pelajar yang dipimpin oleh Pn. Neami Nomi Anggah (Guru Bimbangan Sekolah). Sejurus selepas persembahan para guru-guru besar dibawa melawat ke sekeliling sekolah dengan iringan Guru Besar Sekolah, En. Alhazmi Abddullah dan Penolong-Penolong Kanan sekolah iaitu Pn Mulikah Gamburod, Pn. Anisah Abdul Samad dan En. Wanga Woren. En. Bahar Mohd Sapire selaku pengacara majlis tersebut turut mengiringi para guru besar dengan memberi penerangan tentang kawasan sekolah. Selepas lawatan, para guru besar diberi taklimat penuh di bilik gerakan SK. Tansau tentang aktiviti-aktiviti dan pencapaian sekolah. MGB Lahad Datu mengakhiri lawatan mereka pada 10.30 pagi. Dari warga SK. Tansau kami mengharapkan MGB Lahad Datu berpuashati dengan layanan yang diberi dan sekiranya sudi datanglah lagi.

EMAS IN CAMP