BARISAN PENDIDIK SK TANSAU

BARISAN PENDIDIK SK TANSAU
BARISAN PENDIDIK SK TANSAU 2010

Saturday, July 24, 2010

POST MORTEM JALINAN PEMUAFAKATAN AKADEMIK PPD PENAMPANG




Post Mortem Jalinan Pemuafakatan Akademik PPD Penampang telah diadakan pada 24hb Julai 2010 (Sabtu). Tujuannya adalah untuk mengetahui perkembangan akademik khususnya keputusan UPSR bagi setiap sekolah di Daerah Penampang.
Pembentangan dimulakan dengan ucapan daripada En. Richard selaku Ketua Unit Sains & Matematik bagi daerah Penampang. Beliau juga diiringi dengan pegawai-pegawai PPD yang lain iaitu Pn. Suzana, Pn. Rozy, Cik Brenda dan Pn Derliana. Pegawai Daerah, En. Denis Gompion memohon maaf kerana tidak dapat hadir kerana beliau menghadiri satu lagi program di dalam daerah ini.
Sepanjang pembentangan pihak ppd amat berpuashati dengan keputusan analisis keseluruhan. Walau bagaimanapun barisan pegawai pelajaran daerah turut memberi nasihat untuk tidak padang leka pada keputusan yang ada sekarang dan berpesan agar terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai keputusan UPSR bukan sahaja berkuantiti tetapi juga berkualiti.
Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pegawai-pegawai pelajaran daerah Penampang di atas kesudian tuan puan datang kesekolah kami dan atas segala khimat nasihat yang diberikan. Insyallah kami akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan lagi keputusan UPSR SK. Tansau kearah yang lebih Cemerlang.

Thursday, July 22, 2010

PERTANDINGAN KITCHEN GARDEN/EDIGBLE LANDSKAP PERINGKAT NEGERI SABAH 2010

Sk. Tansau telah dicalonkan untuk memasuki Pertandingan Kitchen Garden/Edigble Landskap Peringkat Negeri Sabah 2010. Program ini adalalah merupakan program di bawah anjuran FAMA dalam Kempen Bumi Hijau 2010.
Kitchen Garden/Edigble Landskap adalah satu sudut khas yang diwujudkan dalam seklah bagi penanaman sayuran, herba dan ulam-ulaman dan hasil yang dikeluarkan adalah untuk keperluan komuniti sekolah dan sekitar.
Tarikh penghakiman adalah pada 27 - 30 September 2010. Untuk makluman juga Sk Tansau juga merupakan calon tunggal dari Daerah Penampang untuk mengikut pertandingan ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

PENDAFTARAN PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1 2011

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG KAMI:
PENDAFTARAN PRA SEKOLAH DAN TAHUN 2011 TELAH DIBUKA SEHINGGA PADA 31 OKTOBER 2010. SILA MAKLUMKAN KEPADA SEMUA MASYARAKAT SEKELILING. TEMPAT ADALAH TERHAD BAGI PRA SEKOLAH. SEKIAN TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM...

Monday, July 12, 2010

PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI)

Sekali lagi SK Tansau mencipta nama dengan memenangi Pertandingan Serasi Peringkat Daerah Penampang dan sekaligus mewakili Daerah Penampang ke Peringkat Negeri Sabah. Tahniah kepada semua warga SK Tansau dan PIBG sekolah yang telah banyak membantu dalam menjayakan program SERASI sekolah. Penilaian akan diadakan pada 29hb Julai 2010. Kami doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

EMAS IN CAMP