BARISAN PENDIDIK SK TANSAU

BARISAN PENDIDIK SK TANSAU
BARISAN PENDIDIK SK TANSAU 2010

Monday, March 23, 2009

MINGGU BAHASA MALAYSIA


Panitia Bahasa Malaysia (Ketua Panitia Pn. Talinah Jeman) telah menganjurkan minggu Bahasa Malaysia pada bulan Februari yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti Pertandingan Tulisan Tercantik untuk tahun 1 dan Pertandingan Bercerita untuk tahun 2 dan 3. Hari ini 23 Mac 2009 telah berlangsung penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk setiap kategori tersebut. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penyelia Petang SK Tansau iaitu Puan Salat Tarasil.

Dalam majlis penyampaian hadiah tersebut, para pemenang juga telah membuat persembahan bagi setiap pemenang bercerita untuk setiap tahun tersebut. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Pertandingan Tulisan Tercantik


  1. Mohd Hariz Danial - Tahun 1 cemerlang
  2. Mohd Amirul - Tahun 1 cemerlang
  3. Nursyahidatul Asmira - Tahun 1 cemerlang

Pertandingan Bercerita Tahun 2

  1. Anis Nabila - tahun 2 cemerlang
  2. Wani Wanga - Tahun 2 cemerlang
  3. Nuraimah - Tahun 2 cemerlang

Pertandingan Bercerita Tahun 3

  1. Catriona - Tahun 3 cemerlang
  2. Anis Maisarah - Tahun 3 cemerlang
  3. Dayang Farhana - Tahun 3 cemerlang


Thursday, March 12, 2009

CINTA RASUL







Tahniah atas kejayaan SK Tansau dalam program maulidur rasul anjuran Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh Datuk Nasir Tun Sakaran (Menteri di Jabatan Ketua Menteri) pada 7 Mac 2009 yang lalu. pelajar yang terlibat adalah Muhd Yazid, Wahyuddin, Syuib, Fazli, Anugerah, Adhwa, Nelzarinah dan Mazlina. Pasukan ini telah diiringi oleh Cikgu Wanga Worren (GPK KOKUM)

Sunday, March 8, 2009

PROGRAM INOVASI 'WORLD OF STORIES'



Tahniah! SK Tansau telah menjohani pertandingan INOVASI berkumpulan peringkat negeri Sabah 2008 dan kini telah terpilih dalam pertandingan peringkat antarabangsa KOMENWEL dalam program GOOD PRACTICE AWARD. Inovasi ini telah dianggotai oleh Pn. Anisah Abd Samad (GPKHEM), Pn. Suzana Cosmos dan Pn.Dk.Ratnazurainie Pg. Masri.

Friday, March 6, 2009

JASAMU DIKENANG



Cikgu Salamah yang lebih dikenali sebagai YONG telah berpindah dan mengajar Prasekolah di SK Tombov0 pada awal persekolahan 2009 ini. Jasa dan pengorbanan cikgu tidak dapat dilupakan oleh kami rakan guru. Moga terus aktif mendidik anak bangsa. Selamat mengajar di sekolah baru.

EMaS IN CAMP








Perkhemahan English, Science and Mathematic (EMaS IN CAMP) telah berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 27 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 lalu dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang pekhemahan tersebut antara lain ialah language game, big book, senamrobik dan EMaS Night untuk persembahan para peserta. EMaS IN CAMP ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Penampang iaitu En. Denis Gompion.

EMAS IN CAMP