BARISAN PENDIDIK SK TANSAU

BARISAN PENDIDIK SK TANSAU
BARISAN PENDIDIK SK TANSAU 2010

Saturday, July 24, 2010

POST MORTEM JALINAN PEMUAFAKATAN AKADEMIK PPD PENAMPANG




Post Mortem Jalinan Pemuafakatan Akademik PPD Penampang telah diadakan pada 24hb Julai 2010 (Sabtu). Tujuannya adalah untuk mengetahui perkembangan akademik khususnya keputusan UPSR bagi setiap sekolah di Daerah Penampang.
Pembentangan dimulakan dengan ucapan daripada En. Richard selaku Ketua Unit Sains & Matematik bagi daerah Penampang. Beliau juga diiringi dengan pegawai-pegawai PPD yang lain iaitu Pn. Suzana, Pn. Rozy, Cik Brenda dan Pn Derliana. Pegawai Daerah, En. Denis Gompion memohon maaf kerana tidak dapat hadir kerana beliau menghadiri satu lagi program di dalam daerah ini.
Sepanjang pembentangan pihak ppd amat berpuashati dengan keputusan analisis keseluruhan. Walau bagaimanapun barisan pegawai pelajaran daerah turut memberi nasihat untuk tidak padang leka pada keputusan yang ada sekarang dan berpesan agar terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai keputusan UPSR bukan sahaja berkuantiti tetapi juga berkualiti.
Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pegawai-pegawai pelajaran daerah Penampang di atas kesudian tuan puan datang kesekolah kami dan atas segala khimat nasihat yang diberikan. Insyallah kami akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan lagi keputusan UPSR SK. Tansau kearah yang lebih Cemerlang.

No comments:

Post a Comment

EMAS IN CAMP