BARISAN PENDIDIK SK TANSAU

BARISAN PENDIDIK SK TANSAU
BARISAN PENDIDIK SK TANSAU 2010

Thursday, January 28, 2010

LAWATAN MAJLIS GURU BESAR LAHAD DATU

Lawatan MGB Lahad Datu berjalan dengan lancar pada 29hb Januari 2010. Ketibaan mereka disambut dengan barisan guru-guru, pengawas-pengawas sekolah dan pukulan kompang oleh pelajar-pelajar pada jam 7.30 pagi. Setelah itu para MGB dihiburkan dengan barisan Koir oleh pelajar yang dipimpin oleh Pn. Neami Nomi Anggah (Guru Bimbangan Sekolah). Sejurus selepas persembahan para guru-guru besar dibawa melawat ke sekeliling sekolah dengan iringan Guru Besar Sekolah, En. Alhazmi Abddullah dan Penolong-Penolong Kanan sekolah iaitu Pn Mulikah Gamburod, Pn. Anisah Abdul Samad dan En. Wanga Woren. En. Bahar Mohd Sapire selaku pengacara majlis tersebut turut mengiringi para guru besar dengan memberi penerangan tentang kawasan sekolah. Selepas lawatan, para guru besar diberi taklimat penuh di bilik gerakan SK. Tansau tentang aktiviti-aktiviti dan pencapaian sekolah. MGB Lahad Datu mengakhiri lawatan mereka pada 10.30 pagi. Dari warga SK. Tansau kami mengharapkan MGB Lahad Datu berpuashati dengan layanan yang diberi dan sekiranya sudi datanglah lagi.

Monday, January 18, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2010

Sesi persekolahan telah bermula pada 4hb Januari 2009. Perjalanan persekolah pada hari tersebut amat memuaskan dan diperakui juga oleh pegawai yang turut memantau pada hari tersebut.
Pendaftaran telah dilaksanakan pada 2hb Januari dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Perjalanan pendaftaran berjalan dengan jayanya dan pada hari tersebut juga dijalankan program Transisi Tahun 1 yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru SK.Tansau. Program Transisi dijalankan selama 2 hari iaitu sehingga 3hb Januari 2010 Perjalanan program transisi juga berjalan dengan jayanya.

EMAS IN CAMP