BARISAN PENDIDIK SK TANSAU

BARISAN PENDIDIK SK TANSAU
BARISAN PENDIDIK SK TANSAU 2010

Saturday, October 31, 2009

PERTANDINGAN SERASI-SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR


Sepohon pokok bunga ros di Taman Matematik/Taman Rose

Taman Matematik/Taman Rose

Guru-Guru turut memberi sumbangan mewarna mural dinding sekolah

Sk. Tansau dicalonkan untuk menyertai pertandingan SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar) peringkat Daerah Penampang. Pemantauan siri pertama daripada pegawai-pegawai pelajaran daerah pada 29hb Oktober 2009 telah melayakkan sekolah ini untuk memasuki pertandingan SERASI peringkat siri kedua. Bagi menjayakan pertandingan Sekolah Rakan Alam Sekitar ini, sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti kearah keceriaan sekolah dan kebersihan sekolah. Aktiviti-aktiviti seumpama ini giat dijalankan dari tahun 2007 dengan mengadakan gotong-royong sekolah, gotong-royong anjuran PIBG sekolah dan juga dibawah program PPD Penampang Gotong-Royong Perdana. Selain dari itu, sekolah juga mengamalkan kempen anti kutu sampah di persekitaran sekolah dan juga luar sekolah. Kesedaran mengenai kebersihan ini juga turut dipupuk kepada pelajar murid ini dengan mengadakan kebersihan kelas dan sekeliling sekolah 5 minit sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Selain daripada itu banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi menjayakan pertandingan SERASI ini dengan melukis mural mengenai alam semula jadi, menanam lebih banyak pokok bunga, penggunaan bahan-bahan kitar semula, penggunaan tangki dan banyak lagi. Semoga dengan kerjasama yang diberikan daripada pelajar, guru, PIBG dan masyarakat sekeliling dapat menjayakan lagi program dan pertandingan ini. Terima kasih pada semua yang terlibat.

Friday, October 30, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR





Program Lawatan Sambil Belajar telah diadakan pada 28hb Oktober 2009. Seramai 160 pelajar dan 15 orang guru turut menyertai dalam program ini. Lawatan dimulakan dengan lawatan ke Zoo Kem Lok Kawi, seterusnya ke Aquarium Museum di Universiti Malaysia Sabah dan akhirnya ke Muzium Sabah. Perjalanan aktiviti program lawatan sambil belajar ini telah diusahakan oleh Pn. Aisah Bukang bagi aktiviti Program selepas UPSR dan juga usahasama daripada Panitia Pendidikan Moral yang diketuai oleh Pn. Aisah Salim. Amat membanggakan aktiviti ini berjalan dengan amat lancar dan amat menyeronokkan terutama bagi pelajar-pelajar yang terlibat. Semoga aktiviti seperti ini dapat lagi diadakan pada tahun-tahun seterusnya dan terima kasih kepada semua yang turut bekerjasama dalam program ini. Sekian.

LAWATAN INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS GAYA




Pada 28hb November SK Tansau telah menerima lawatan dari Institut Perguruan Malaysia Kampus Gaya. Seramai 37 orang pelatih dengan 2 orang pensyarah datang untuk mendengar dan melihat sendiri perjalanan Program Inovasi 'World of Stories' yang dimenangi oleh Panitia Bahasa Inggeris. Acara dimulakan dengan talimat ringkas tentang sekolah dan perjalanan aktiviti World of Stories yang disampaikan oleh Pn. Dk. Ratnazurainie sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan penerangan mengenai aktiviti keseluruhan disampaikan oleh Pn. Anisah Abdul Samad selaku Ketua Program Inovasi tersebut. Selepas taklimat dan sesi soal jawab, pelatih-pelatih dan pensyarah dibawa sekeliling sekolah untuk menyaksikan sendiri aktiviti pelajar semasa rehat iaitu Spelling Board Activity, Genius Reader dan Reading Partner Activity. Walau bagaimanapun aktiviti lainnya tidak dapat dijalankan memandangkan pada hari yang sama sekolah turut mengadakan aktiviti Ceramah untuk Tahun 6 dan Ujian Excel untuk Tahun 5. Pihak sekolah ingin mengucapkan sejuta penghargaan kepada pelatih-pelatih dan pensyarah-pensyarah yang sudi datang ke sekolah kami. Terima kasih kami ucapkan...


Tuesday, October 27, 2009

AKTIVITI SUKAN PERMAINAN SELEPAS UPSR ANJURAN PPD PENAMPANG


Pertandingan Bola Baling untuk pelajar-pelajar UPSR peringkat daerah Penampang telah diadakan pada 27hb Oktober 2009. Pertandingan diadakan di Padang B, Kompleks Sukan Penampang yang berlangsung dari jam 7.30 pagi sehingga 4.00 petang. Semua sekolah daerah Penampang turut memberi sokongan di dalam pertandingan ini termasuklah SK. Tansau. Walaupun tidak memenangi sebarang pingat tetapi pihak sekolah amat berbangga dengan semangat kesukanan pelajar yang terlibat semasa permainan tersebut. Pelajar perempuan turut diberi pujian terhadap permainan mereka yang teratur. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang terlibat.

Monday, October 19, 2009

PERGAMBARAN BTP UNTUK THAILAND-MALAYSIA ACTION RESEARCH CONFERENCES 2009






Pada 19hb Oktober 2009, Bahagian Teknologi Pendidikan telah datang ke sekolah bagi pergambaran aktiviti Program Inovasi World of Stories untuk dibawa ke Thailand-Malaysia Action Research Exhibition Conferences 2009. Program ini turut membawa nama baik sekolah SK. Tansau sebagai sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar untuk dipertengahkan di peringkat antarabangsa. Pihak Panitia Bahasa Inggeris ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan anggota kakitangan sokongan sekolah dengan segala kerjasama yang diberikan selama ini demi menaikkan dan mengharumkan nama baik sekolah. Semoga sekolah SK. Tansau akan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang bukan sahaja dari segi kerjasamanya tetapi juga dari segi kecemerlangan pelajar-pelajarnya...

Tuesday, October 13, 2009

PROGRAM SMERP


Penerangan dari En. Rosly kepada pelajar tahun 6 sebelum Aktiviti Mini Olahraga.

Minggu 1 - Mini Permainan -Bola Sepak(L), Bola Jaring (P), Bola Tampar (L&P) & Program SMERP - BM(Bercerita), BI(WOS), MT&SC(Melabel Nama Saintifik Tumbuhan)

Minggu 2 - Mini Permainan & Program SMERP - BM(Pidato), BI(Scrap Book&Creating Short Stories), MT(Menimbang Objek), SC(Words Search-Plants & Solar System)

Minggu 3 - Mini Olahraga & Program SMERP - BM(Membaca Berita), BI(Scrabble&Mural), MT(Mengukur Panjang Objek), SC(Crossword Puzzle-Parts of Trees).

Aktiviti selanjutnya akan diterbitkan selepas tamat minggu ke-3...

Monday, October 12, 2009

Malaysian Grid For Learning (MyGfl)

Dua orang guru dari SK Tansau iaitu En Bahar Mohd sapire dan Pn. Joyce Jessica Michael Gumpil telah menghadiri kursus Malaysian Grid for learning dengan jayanya. Kursus selama dua hari tersebut yang bermula 12-13/10/2009 banyak mebincangkan soal pembelajaran secara interaktif . Kursus tersebut akan melibatkan semua guru dan murid dalam sekolah tersebut dimana semua warga sekolah dapat mengakses data dan pelbagai sumber lain termasuk menjawab soalan secara interaktif antara guru dan murid.
Portal baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini sebenarnya telah mula diaplikasikan pada tahun 2007 lagi dan kini telah diperluaskan keseluruh Malaysia. Daerah Penampang telah menganjurkan kursus ini untuk diaplikasikan di 18 buah sekolah rendah dan menengah sebelum disebarkan kesemua sekolah didaerah penampang.
Moga aplikasi atau portal ini dapat membantu guru dan murid amnya dalam peningkatan akademik murid.

Saturday, October 10, 2009

JASAMU DI KENANG









Dalam gambar: En. Azhar, En. Hussin, En. Asmat



Dalam gambar: Pn. Mulikah, Pn. Anisah, Pn. Maria, Ustazah Rinah.
Pihak Sekolah ingin mengucapkan terima kasih di atas jasa-jasa yang telah disumbangkan kepada sekolah kepada Puan Maria Binti Ajak yang telah pun mula bersara pada 5 November 2009. Pengorbanan dan jasa beliau tidak dapat kami lupakan dan sangat kami hargai. Jamuan persaraan beliau telah diadakan pada 10 Oktober 2009 di Hotel Beverly, Kota Kinabalu. Jamuan juga diadakan bagi meraihkan majlis perpisahan seorang guru yang telah berkhidmat di SK. Tansau selama 17 tahun iaitu Encik Asmat Amit. Beliau telah banyak memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada pelajar-pelajar SK. Tansau sehinggalah berakhirnya UPSR 2009. Beliau merupakan salah seorang guru yang mendidik pelajar-pelajar tahun 6 tahun ini. Jasa dan sumbangan beliau juga turut dihargai oleh semua warga SK. Tansau. Terima Kasih Guruku...

EMAS IN CAMP